Sunday, March 7, 2010

Bacalah Surah Yassin selalu

Bacalah yassin,

Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"

Iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin ,ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang yang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ketempat yang hendak ditujunya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,Allah meringankan siksanya.
9 . Jika orang yang dahaga membacanya hilang rasa dahaganya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , akan terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasullulah s.a.w bersabda "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al -Quran
itu ialah Yassin,
Sesiapa membaca surah Yassin, Nescaya Allah akan menuliskan pahalanya seperti pahala
membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasullullah s.a.w lagi ;"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin
pada setiap hari ,Turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut,Mereka
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca surah
Surah Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari Syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dia dimasukkan kedalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil..
14. Rasullullah s.a.w bersabda selanjutnya ; " Sesiapa bersembahyang solat sunat pada malam
Jumaat,dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka ,Allah jadikan
setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang dari ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini ,dia adalah golongan orang - orang yang munafik.

No comments:

Post a Comment