Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlakunya satu peristiwa.
Apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata diatas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup diatas batu yang kering di tengah2
padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut :"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu" semut pun menjawab "Rezki ditangan Allah,aku percaya Rezki ditanganNYA,aku yakin diatas batu kering dipadang pasir yang tandus ini ada rezki untuk aku". Lantas Nabi Allah Sulaiman bertanya.."Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan??dan banyak manakah engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut "Aku makan hanya sebiji gandum sebulan."Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan :"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata diatas batu ,aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas ,dan mengangkat semut itu dan dimasukkan kedalam bekas yang berisis sebiji gandum..kemudia Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu didalam bekas yg berisis gandum itu selama sebulan. Bila sudah cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah saja oleh semut itu..,lantas Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada semut.."kenapakah kau berbohong pada aku??..bulan lalu kamu mengatakan akan makan sebiji gandum sebulan,tetapi sekarang kenapa setengah saja yang kamu makan??".jawab semut " Aku tidak berbohong,tetapi aku akan makan sebiji gandum bila aku temui semasa aku berada diatas batu,kerana makanan itu aku mencarinya sendiri,ianya rezeki ALLAH datangnya dari ALLAH dan IA tidak pernah lupa padaku .Tetapi bila kau masukkan aku didalam bekas berisi gandum rezeki aku bergantung kepada kamu,sebab itu aku makan setengah sahaja supaya ianya tahan lebih dari sebulan..aku takut kamu lupa kepadaku nanti dan tidak memberi aku makan..."
Itulah iman semut!!!
tetapi....IMAN MANUSIA???
No comments:
Post a Comment