
Hidup tidak lengkap tanpa internet khususnya laman web sosial seperti facebook.
Tidak hairanlah jika ditanya,pasti ramai baik yang bergelar pelajar,pekerja serta ,
suri rumah pasti mengakui 'melekat' di komputer melayari laman web itu saban hari.
Lebih parah lagi apabila obsesi laman web itu dipadankan dengan ketagihan bermain
permainan komputer.
Namun,seperti masalah lainnya ketagihan yang keterlaluan pasti ada padahnya.
Inilah amaran dibuat beberapa pakar perubatan termasuk pakar otak terkemuka Britain
yang juga pensyarah Universiti Oxford,(Susan Greenfield)
Menurutnya,obsesi melampau melayari laman web sosial dan permainan komputer
boleh menjejaskan fungsi otak,
"Ketagihan internet boleh merubah otak dengan menjejaskan tumpuan dan mengurangkan aspek
kepantasan reaksi atau rasa empati.Individu boleh menjadi seorang yang dingin,tidak peka
atau sensetif dengan perasan orang lain kerana fungsi otak mereka diubah kerana terlalu asyik
dengan komputer.
"Ringkasnya,tabiat mereka itu menyebabkan minda mereka menjadi tumpul.
Bagi saya,fakta ini sudah cukup membimbangkan dan sewajarnya diberi perhatian sama
seperti tumpuan kepada perubahan cuaca.
"Ia mungkin lebih serius kerana membabitkan keupayaan seseorang itu berfikir dengan baik
dan bagaimana otak itu berfungsi.Kita juga bimbang,andai ketagihan ini berterusan,
Ia boleh mewujudkan generasi yang lemah mindanya,"Terang Greenfield".
Greenfiled juga mengulas kebimbangannya itu berlandaskan rasional berikutan kesan atau impak
internet terhadap otak penggunanya.
"Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka,
Generasi muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka
tidak sensitif dengan perasaan atau endah reaksi rakan atau orang lain.
"selain itu,penggunaan enjin carian mencari fakta menjadi halangan individu
untuk belajar atau mentelaah.Akibatnya ramai yang terlalu bergantung kepada ejin
carian bagi mendapatkan maklumat diingini daripada berikhtiar atau bersusah payah
mencari fakta menerusi buku atau sumber rujukkan lainnya,"
Menurut Greenfield,tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar pelbagai aspek
negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai pekara biasa
dan tidak perlu dipertimbangkan.
"Di Britain,ada kanak - kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari didepan komputer.
Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri,
Kesilapan demi kesilapan dilakukan sebelum mencapai misi itu sebalik mendidik mereka
menjadi insan yang cuai atau lalai melakukan kegiatan seharian"
Itu katanya tidak termasuk aspek kesihatan yang disebabkan ketagihan laman web sosial
dan permainan komputer seperti obesiti.Pengguna tidak lagi suka bergerak atau bersenam
sebaliknya sanggup makan didepan komputer.Lebih memburukkan keadaan,waktu makan juga
tidak diendahkan.
Kebimbangan Greenfield turut diakui pakar atau saitis saraf Kognitif Universiti Tufts di Massachusetts,
Amerika Syarikat,Maryanne Wolf.
"Saraf dalam otak yang selama ini digegarkan aktiviti membaca serta menganalisis kandungan
bahan bacaan itu boleh terjejas apabila lebih ramai yang memilih untuk melayari internet.
Kita tidak lagi berminat untuk menganalisis fakta yang diterima bulat- bulat dari enjin carian.
"Berikutan itu,kita tidak lagi mengajar otak untuk berfikir secara mendalam yang boleh menjejaskan
fungsi otak apabila keadaan berlarutan.
"Saya bimbang,jika itulah yang dilakuka oleh peringkat awal kehidupan iaitu kanak - kanak,
bagaimana keadaanya apabila mereka dewasa kelak. Ia tidak hanya menjejaskan kehidupan seharian
tetapi bagaimana mereka dapat menjadi pekerja yang cekap dan berdaya saing."
Create by Nasrulnizad
Sumber :> Berita Minggu 19 september 2010
No comments:
Post a Comment